Bismillahirrahmanirrahim.
Masih lagi cerita kembara di Balkan.
17 Februari 2024 - Sabtu
Selepas daftar masuk hotel, kami berehat seketika sebelum turun semula ke dewan makan pada pukul 7 petang. Seperti biasa, semua peserta mesti berada di tempat makan masing-masing barulah pelayan datang hidangkan makanan.
Hidangan Pembuka : Sup Tarhana |
Meja makan kami berempat : Amie, Kamsiah, Lucy dan Nancy.
Ada enam orang satu kumpulan meja makan. |
Ada lima orang satu kumpulan meja makan. |
Setiap meja dihiasi dengan bunga, dilengkapi dengan minuman air kosong, minyak zaitun dan cuka serta roti.
Hidangan asas yang disediakan hanyalah roti dan salad.
Salad terdiri daripada hirisan kobis, daun salad, timun dan tomato.
Salad sayur-sayuran. |
Sup Tarhana berasal dari Tanah Tinggi Anatolia, Turkey. Sup ini sangat terkenal di Eropah Tenggara. Bahan asas sup ini diperbuat daripada tomato dan rempah-rempahan, pasli dan daging cincang. Dalam keadaan perut yang lapar memang sedap sangatlah celup roti dalam Sup Tarhana. Amie makan dua keping roti!
Hidangan kedua ialah nasi goreng dengan kari daging.
Begini sahajalah kuantiti hidangannya.
Dessert : Bosanske Hurmasice |
Hidangan terakhir, pencuci mulut berupa manisan tradisional : Bosanske Hurmasice.
Begitulah hidangan makan malam kami di Hotel Exclusive di Sarajevo. Bosanske Hurmasice itu tidaklah habis dimakan kerana sangat manis. Apa pun memang hidangan malam memang seimbang dengan kandungan karbohidrat, protein dan fiber. Memang setiap malam hanya jumpa air kosong sahaja di setiap hotel yang kami inap.
Alhamdulillah. Tidaklah terlalu kenyang dan tidak pula rasa lapar.
Malam itu kami tidur lena. Tak sempat hendak melihat bacaan suhu!
Malam itu kami tidur lena. Tak sempat hendak melihat bacaan suhu!