Jumaat, 19 April 2013

Bermula Dengan Yang Biasa-Biasa, Akhirnya Menjadi Luar Biasa! : Nikmati Pelbagai Kek Hasil Kreativiti Tangan Berseni UcuBakery!

Assalamualaikum... salam sayang di hari Jumaat, penghulu segala hari. Moga anda semua sentiasa beroleh keberkatan dalam setiap apa yang anda lakukan.

Kita terus kepada cerita pokok yang ingin dibicarakan dan blogger masakan yang menerima giliran dalam Segmen Meriahnya Dunia Masakan kali ini merupakan jiran yang paling dekat dengan Amie... daerah kami bersebelahan antara Jeram dengan Meru di Selangor. Namun apakan daya tiada jodoh di antara kami untuk dipertemukan di sana, sebaliknya kami menjadi sahabat maya melalui blog masakan dan berhubungan merentas Laut China Selatan. Ucu juga jiran Amie dalam group masakan. Kalau Amie bersama lebih 4,000 teman-teman dalam  MERIAHNYA DUNIA MASAKAN, blogger ini pula merupakan Admin yang dikelilingi oleh lebih 7,000 ahli dalam kumpulan ONLINE HOMEMADE & CERITA MASAK BERSAMA UCUBAKERY. Ha.... tu dia... UcuBakery atau Ucu Faridah atau nama sebenarnya Faridah Mokhtar yang lebih mesra dengan panggilan Ucu sahaja.

Ucu kata dirinya seorang yang simple dan biasa-biasa saja, memasak pun menu yang biasa-biasa, baking dan deko pun masih yang biasa-biasa dan katanya lagi yang penting dapat memuaskan semua insan yang sudi merasa air tangannya yang biasa-biasa itu! Pada Amie, Ucu bukan lagi seorang yang biasa-biasa tapi sudah jadi luar biasa. Ucu sudah menerima banyak tempahan dan berjaya menyiapkannya seperti yang dikehendaki pelanggan. Cuba berkunjung ke  blog UCUBAKERY, anda pasti teruja dengan tawaran untuk tempahan pelbagai kek, cup cake, apam polkadot dan apam belang pelangi. UcuBakery juga bersedia menawarkan khidmat tempahan untuk pelbagai jenis keraian seperti hari jadi, perkahwinan, pertunangan dan kenduri-kendara. Bukankan sudah terbukti Ucu seorang yang sudah 'luar biasa' dan bukannya biasa-biasa saja.... he he ehhh! Orang yang biasa tu biasanya yang macam Kak Amie ini Ucu.... tak berani terima sebarang tempahan kek kecuali tempahan nasi lemak je hi hihiiii!

Jom kita lihat pelbagai hasil air tangan Ucu yang biasa-biasa tapi sebenarnya luar biasa itu.... Di bawah ini merupakan antara koleksi Kek Pertunangan tempahan pelanggan.



Chocolate Mousse Walnut Cake (Banana)



Kek Coklat Moist



Butter Cake


RVC


Cuba lihat pua Kek Perkahwinan bertingkat-tingkat di bawah ini....



dan lagi...




Dan seterusnya pelbagai tempahan kek hari jadi....



Kek Bola 


Kek Anak Ulat Bulu



Kek Barbie Doll



dan macam-macam bentuk serta deko yang menarik...



Tempahan kek yang Ucu terima tidak terhad.... ada pelbagai lagi.....





Semuanya cantik belaka!


Tutty Fruty Cheesy


Kalau Amie dapat siapkan sebiji kek lapis seperti di bawah ini, rasanya dah cukup berbaloi... tapi lihatlah hasil luar biasa Ucu, sampai 10 biji! Walaupun katanya seperti dalam sauna... alhamdulillah, semuanya siap sempurna untuk pelanggannya!



Ada lagi.... tidak ketinggalan koleksi apam polkadotnya.


Mak aiiii....tempahan 1000 Apam Polkadot!



Ini lagi....tempahan 1,050 Apam Polkadot!



lagi dan lagi...



Cup Cakes lagi.....

 Cup Cakes



Jom cuci mata dengan hasil cup cakes di atas dan di bawah ....


Apa yang Ucu paparkan di dalam UCUBAKERY  bukan setakat tempahan pelanggan semata-mata, tetapi terdapat pelbagai resepi lain yang dikongsikan bersama. Ucu turut menyerikan dunia masakan tanahair dengan paparan menu seperti lauk-pauk dan bermacam jenis hidangan lain. Gaya penyampaian yang bersahaja dalam setiap celotehnya membuatkan Amie selalu senyum-senyum sendiri... rasa terhibur apabila membaca setiap bait-bait bicaranya! Amie pernah beberapa kali berbual-bual melalui telefon bersama Ucu, dan rasanya tak mahu letakkan telefon untuk bercerita sebab banyak sangat yang hendak diperkatakan.... tunggulah ye Ucu sayang.... ada rezeki kita pasti akan bertemu jua dan bolehlah borak-borak sampai pukul 5 pagi he he ehhhhh!

Jadinya.... seperti yang Amie perkatakan dalam mukadimah, Ucu bukanlah calang-calang orangnya tau... Ucu bukan lagi orang biasa sebab Ucu menjadi insan terpilih dianugerahi tangan berseni dan penuh kreativiti. Buktinya .... bukan Amie seorang yang kata tau,  cuba klik di UCU BAKERY DI MAJALAH RASA FEBRUARI 2012 .


Kepakaran dan keistimewaan Ucu sudah diakui dan diiktiraf dalam Majalah Rasa Februari 2012! Sungguh luar biasa bukan?




Wokey Ucu... akhir kalam, diucapkan selamat baking membaking dan deko mendeko. Walaupun adakalanya Ucu rasa dapur Ucu seperti suasana dalam sauna, tapi itu dikira sesuatu yang menyihatkan... tak perlu lagi  untuk masuk dalam kotak sauna lagi he he ehh... Moga Ucu bahagia selalu bersama Pak Usu kesayangannya yang sangat sporting! Juga tidak ketinggalan ucapan happy belated birthday buat dara sunti tunggalnya... Terima kasih untuk setiap perkongsian dan pada segalanya!

Buat semua pengunjung budiman, jangan lupa berkunjung ke UcuBakery!

11 ulasan:

ummiross berkata...

MasyaAllah, cantik2nya kek hasil airtangan Ucu tu, sungguh kreatif dan berseni, betul kata Amie, bukan biasa2 tapi luar biasa.

JaSSNaNi berkata...

assalamualaikum amie..
wahhhhh banyak betul koleksi kek ucu bakery.. cute bila tengok kek ulat tu.. hehehe.. apam pokodot plak, masyaallah.. banyaknye tempahan.. seronok betul wat duit kalau ada bakat... ape pun tahniah buat ucu..

Rohah berkata...

mmg luar biasa...

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

hebat sungguh ucu kan.. kalau lah madihaa sehebat beliau.. hehe.. redha & bersyukurlah dgn apa yg mampu almaklum.. kesihatan tak mengizinkan.. hehe..

Fiza Lgk berkata...

Ucu bakery menjadi sumber inspirasi saya...kek2 nya sungguh menawan.

MulutPayau berkata...

Hasil tangan Ucu mmng terbaik....mmng kreatif betul dan mmng luar biasa...

whitecappuccino berkata...

kreatif! mcm2 kek yg cantik semua ni.

Amie berkata...

Ummiross,
memang Amie cukup kagum dengan kerajinan dan usaha gigih ucu Faridah ni.

Jassnani,
waalaikumussalam...ooohooo macam2 ada rupa bentuk kek dalam blog Ucu kan Nani.

Rohah,
sokong 200%!

Amie berkata...

Madiha,
alhamdulillah... Madiha pun punya kreativiti yang tersendiri... mudah-mudahan terus berjaya pada masa hadapan, mana tahu boleh jadi usahawan satu hari nanti kan Madiha.

Fiza,
betul tu Fiza... ucu memang sibuk membking setip hari sebab banyak tempahan...betul kan ucu.

MP,
dari biasa menjadi luar biasa kan MP.. ni mesti disusuli dengan usaha dan rajinnya dia.

WC,
memang kreatif & inovatif juga...

Salmi Khairil berkata...

Bestnya..menjadi inspirasi nie kak amie..sgt teruja melihatnya..kak mie pun salah sorang yg menjadi inspirasi utk sy untk memasak..semoga kita semua sentiasa dilimpahkn rezeki olehNya..

Amie berkata...

Salmi,
terima kasih banyak... sama-samalah kita menjadi sumber inspirasi di antara satu sama lain he he ehh.